Persediaan Sebelum Berucap
Persediaan yang lengkap akan membantu mengurangkan ketakutan untuk berucap atau membuat pembentangan. Semakin bersedia seseorang itu, semakin bertambah keyakinan beliau.
Apakah elemen yang penting semasa tempoh persediaan? Empat soalan di bawah adalah langkah pertama untuk membuat A Winning Presentation.
1. Apa (What) - Apakah tujuan ucapan/pembentangan ini?
2. Siapa (Who) - Siapakah yang akan menjadi peserta/penonton saya?
3. Bila (When) - Bilakah ucapan/pembentangan ini akan dibuat? Pada waktu bila, pagi atau petang?
4. Di mana (Where) - Di manakah ucapan/pembentangan akan dibuat? Dewan atau kelas?
5. Bagaimana (How) - Bagaimana ucapan/pembentangan akan dibuat? Perlukah disediakan slides?
Guru saya pernah berpesan,
"Orang yang naik pentas tanpa persediaan, akan turun pentas tanpa penghormatan"

No comments:
Post a Comment