ROSIDI SOHOD

ROSIDI SOHOD

Monday, July 25, 2016

Debat dan Pengucapan Awam - Bahagian 3


Bagaimana mahu membina teks debat yang baik? Kenalpasti bahagian introduction, body, dan conclusion

1. Introduction - Memberikan latar belakang tajuk yang dibahaskan, dan mengapa tajuk itu perlu dibahaskan. Menyatakan apa isi-isi yang akan disampaikan di bahagian body.

2. Body - Menyenaraikan isi-isi yang mahu dibahaskan, yang menyokong kedudukan kita (Kerajaan/Pembangkang). Menghuraikan isi-isi tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang kukuh.

3. Conclusion - Rumuskan ucapan yang telah disampaikan dan berikan sebab mengapa pasukan anda perlu menang.



Apa yang perlu dilakukan semasa masa persediaan? Masa persediaan adalah masa yang diberikan kepada para pendebat untuk menyediakan hujah masing-masing. Kebiasaannya adalah 30 minit. Amalkan P.R.Ep

Point - Senaraikan isi-isi yang mahu dibahaskan beserta huraian.
Reason - Senaraikan sebab untuk menyokong point yang mahu disampaikan
Example - Berikan contoh-contoh yang berkenaan untuk mengukuhkan lagi hujah anda


Jangan lupa dengan tips E.D.A....

Elobarate - Huraikan isi-isi hujah dengan lengkap
Defense - Pertahankan hujah-hujah anda
Attack - Menyerang hujah-hujah yang diberikan oleh pihak lawan


SELAMAT MAJU JAYA DARI COACH ROSIDI!




Sunday, July 17, 2016

Debat dan Pengucapan Awam - Bahagian 2


Ramai beranggapan untuk menjadi seoarang public speaker, atau debater, seseorang itu perlu terus ada kemahiran berbahasa dan kemahiran berucap. Semua orang bermula dari kosong, dan semua kemahiran itu boleh dibina dan dilatih.

Coach Rosidi sedang berkongsi ilmu bersama para pendebat SMK Wangsa Melawati
Kemahiran berdebat adalah antara kemahiran yang boleh dipelajari. Kemahiran ini juga antara kemahiran yang boleh meningkatkan keyakinan dan keberanian seseorang untuk berbahas dan mengeluarkan idea-idea yang bernas.

Coach Rosidi sedang berdebat mempertahankan idea beliau

Apakah ciri-ciri seorang debater/pendebat yang baik?

1. Tahu dan dapat mengenalpasti idea-idea yang mahu dibahaskan
2. Membina teks ucapan yang berpengaruh dan menyakinkan
3. Menyampaikan ucapan dengan penuh yakin
4. Teamwork


Bagaimana mahu membina teks ucapan/debat yang berpengaruh? Coach Rosidi akan kongsikan dalam bahagian 3 😃

Saturday, July 16, 2016

Debat dan Pengucapan Awam - Bahagian 1

Kemahiran untuk berucap di depan khalayak sememangnya boleh dibina, dan tidak terhad kepada sesiapa. Ramai mereka yang telah berjaya samada dalam Kerjaya mahupun dalam Bisnes adalah terdiri dari mereka yang pandai berbicara, bijak berkomunikasi



























Apa yang diperlukan semasa membuat persediaan untuk berucap?

1. Kenalpasti audiens - pelajar sekolah, pelajar universiti, golongan bekerja, dan sebagainya
2. Membuat kaji selidik berkenaan tajuk ucapan yang diberikan
3. Menyediakan teks ucapan - kenalpasti bahagian permulaan, isi, dan penutup
4. Berlatih berucap di hadapan cermin

dan yang terakhir....sampaikanlah ucapan tersebut dengan YAKIN!



Tips untuk berlatih; Rakam diri sendiri ketika berucap menggunakan video camera/voice recorder. Mengapa?

1. Cara ini dapat membantu kita mengenal pasti sendiri ketika mana kita mengeluarkan pecahan suara ketika berucap.
2. Mengenal pasti di bahagian mana berlakunya pecahan suara - intro, body atau conclusion.
3. Mengenal pasti berapa lama masa telah dibazirkan apabila berlakunya pecahan suara.
4. Dapat melihat sendiri reaksi audience ketika kita berucap.


Satu perkara yang perlu diingat, jika kita sendiri tidak menyukai suara kita di dalam rakaman tersebut, bayangkan apa perasaan audience ketika kita menyampaikan ucapan !

Selamat mencuba!