ROSIDI SOHOD

ROSIDI SOHOD

Wednesday, December 14, 2016

Royal Belum - Hijau Bumi Allah (Part 2)

Mneziarahi Desa Semelor



Desa Semelor mendapat Anugerah Kampung Terbersih di Royal Belum. Mengambil masa satu jam lebih perjalanan menaiki kenderaan 4x4


Anak-anak Desa Semelor sedang belajar Bahasa Mat Saleh


Aktiviti berkumpulan


Anak-anak Desa Semelor menunjukkan wajah yang ceria kepada Coach Rosidi setelah mendapat hadiah pen

Royal Belum - Hijau Bumi Allah (Part 1)

Menziarahi Orang Asal di Kg Sg Kejar



Perjalanan ke Kg Sg Kejar mengambil masa satu jam lebih merentasi Tasik Banding dengan menggunakan bot


Keadaan sungai yang cetek membuatkan kami perlu berjalan hampir 1km ke Kg Sg Kejar. Coach Rosidi dan rakan-rakan sedang memastikan barangan yang mahu di bawa ke Kg Sg Kejar cukup untuk penduduk di sana.


Coach Rosidi sedang berinteraksi dengan anak-anak penduduk Kg Sg Kejar. Menggunakan Bahasa Mat Saleh untuk beramal soleh.


Monday, November 14, 2016

Design MyBMC Workshop - Route to BMC Mastery

Ideas for today and tomorrow



Design MyBMC Workshop

Khusus untuk usahawan yang mahu merangka peta perjalanan dan hala tuju business.
Akan dikendalikan oleh NLP Coach Rosidi Sohod.
Hubungi 012 300 3951 untuk pendaftaran sekarang!

Majlis Kesyukuran Akademinda BizPoint

Perasmian Akademinda BizPoint


Akademinda BizPoint secara rasminya memulakan operasi pada 6 November 2016. Majlis Kesyukuran telah diadakan disamping meraikan rakan-rakan sinergi.



Antara rakan-rakan sinergi yang hadir pada Majlis Kesyukuran



Menu yang disediakan


NLP Coach Rosidi Sohod bergambar bersama rakan-rakan sinergi di akhir majlis


Sesi makan!

Wednesday, November 9, 2016

Certified NLP Coach Workshop (30 Sept - 2 Oct 2016)

Dari NLP Basic ke NLP Coach



Sesi praktikal untuk aplikasi prinsip NLP coaching sedang berjalan



Bakal-bakal NLP Coach sedang membuat perbincangan di dalam kelas



Sesi benchmark oleh benchmarker yang bertauliah untuk menjadi Certified NLP Coach



Certified NLP Coach Rosidi Sohod



Sesi bergambar selepas pentauliahan Certified NLP Coach

Sunday, August 14, 2016

Certified NLP Basic Practitioner (5 - 7 Ogos 2016)

Apakah itu NLP?


Neuro Linguistic Programming (NLP) adalah satu cara / kaedah untuk mengurus minda. Bagaimana seseorang itu boleh belajar, memotivasikan diri sendiri, dan menukar sesuatu sikap / tabiat untuk mencapai kecemerlangan.




Sesi pembelajaran sedang berlangsung



Perbincangan di antara peserta bagaimana untuk mengaplikasikan model SCORE



Sesi praktikal dan pemarkahan sedang berlangsung



Penyampaian sijil dan majlis penutup

Monday, July 25, 2016

Debat dan Pengucapan Awam - Bahagian 3


Bagaimana mahu membina teks debat yang baik? Kenalpasti bahagian introduction, body, dan conclusion

1. Introduction - Memberikan latar belakang tajuk yang dibahaskan, dan mengapa tajuk itu perlu dibahaskan. Menyatakan apa isi-isi yang akan disampaikan di bahagian body.

2. Body - Menyenaraikan isi-isi yang mahu dibahaskan, yang menyokong kedudukan kita (Kerajaan/Pembangkang). Menghuraikan isi-isi tersebut dengan memberikan contoh-contoh yang kukuh.

3. Conclusion - Rumuskan ucapan yang telah disampaikan dan berikan sebab mengapa pasukan anda perlu menang.



Apa yang perlu dilakukan semasa masa persediaan? Masa persediaan adalah masa yang diberikan kepada para pendebat untuk menyediakan hujah masing-masing. Kebiasaannya adalah 30 minit. Amalkan P.R.Ep

Point - Senaraikan isi-isi yang mahu dibahaskan beserta huraian.
Reason - Senaraikan sebab untuk menyokong point yang mahu disampaikan
Example - Berikan contoh-contoh yang berkenaan untuk mengukuhkan lagi hujah anda


Jangan lupa dengan tips E.D.A....

Elobarate - Huraikan isi-isi hujah dengan lengkap
Defense - Pertahankan hujah-hujah anda
Attack - Menyerang hujah-hujah yang diberikan oleh pihak lawan


SELAMAT MAJU JAYA DARI COACH ROSIDI!




Sunday, July 17, 2016

Debat dan Pengucapan Awam - Bahagian 2


Ramai beranggapan untuk menjadi seoarang public speaker, atau debater, seseorang itu perlu terus ada kemahiran berbahasa dan kemahiran berucap. Semua orang bermula dari kosong, dan semua kemahiran itu boleh dibina dan dilatih.

Coach Rosidi sedang berkongsi ilmu bersama para pendebat SMK Wangsa Melawati
Kemahiran berdebat adalah antara kemahiran yang boleh dipelajari. Kemahiran ini juga antara kemahiran yang boleh meningkatkan keyakinan dan keberanian seseorang untuk berbahas dan mengeluarkan idea-idea yang bernas.

Coach Rosidi sedang berdebat mempertahankan idea beliau

Apakah ciri-ciri seorang debater/pendebat yang baik?

1. Tahu dan dapat mengenalpasti idea-idea yang mahu dibahaskan
2. Membina teks ucapan yang berpengaruh dan menyakinkan
3. Menyampaikan ucapan dengan penuh yakin
4. Teamwork


Bagaimana mahu membina teks ucapan/debat yang berpengaruh? Coach Rosidi akan kongsikan dalam bahagian 3 😃

Saturday, July 16, 2016

Debat dan Pengucapan Awam - Bahagian 1

Kemahiran untuk berucap di depan khalayak sememangnya boleh dibina, dan tidak terhad kepada sesiapa. Ramai mereka yang telah berjaya samada dalam Kerjaya mahupun dalam Bisnes adalah terdiri dari mereka yang pandai berbicara, bijak berkomunikasi



























Apa yang diperlukan semasa membuat persediaan untuk berucap?

1. Kenalpasti audiens - pelajar sekolah, pelajar universiti, golongan bekerja, dan sebagainya
2. Membuat kaji selidik berkenaan tajuk ucapan yang diberikan
3. Menyediakan teks ucapan - kenalpasti bahagian permulaan, isi, dan penutup
4. Berlatih berucap di hadapan cermin

dan yang terakhir....sampaikanlah ucapan tersebut dengan YAKIN!



Tips untuk berlatih; Rakam diri sendiri ketika berucap menggunakan video camera/voice recorder. Mengapa?

1. Cara ini dapat membantu kita mengenal pasti sendiri ketika mana kita mengeluarkan pecahan suara ketika berucap.
2. Mengenal pasti di bahagian mana berlakunya pecahan suara - intro, body atau conclusion.
3. Mengenal pasti berapa lama masa telah dibazirkan apabila berlakunya pecahan suara.
4. Dapat melihat sendiri reaksi audience ketika kita berucap.


Satu perkara yang perlu diingat, jika kita sendiri tidak menyukai suara kita di dalam rakaman tersebut, bayangkan apa perasaan audience ketika kita menyampaikan ucapan !

Selamat mencuba!



Sunday, May 29, 2016

Motivasi Kecemerlangan MINDApreneur

Program di Institut Pertanian Bumbong Lima @ 26 May 2016


 
Bisnes Diagnostik - Memulakan aktiviti pertama bersama BizCoach Din Deraman

 
MyBusiness RoadMap - Generate ideas, planning for action and execute the plan!

 
Memberi ruang untuk para peserta sendiri yang membuat rumusan di akhir program

BizCoach Din Deraman menerima penghargaan di majlis penutup

PLF Rosidi Sohod juga menerima penghargaan di majlis penutup. 
Orang memberi, kita merasa!






Bengkel Design MyBusiness RoadMap

Program bersama para pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat @ 21 May 2016



 
Para peserta memulakan perbincangan untuk merangka MyBusiness RoadMap

 
Business Idea Generation - Bagaimana untuk menjana idea memulakan sesuatu business?

 
PLF Rosidi Sohod memulakan aktiviti pertama

Friday, May 13, 2016

Let's Talk!

Bersama para pelajar CFS Economy & Finance



Sesi Taklimat untuk persedian sebelum bengkel. Mengapakah ketakutan sering datang sebelum berucap di hadapan?


Para peserta sedang membuat aktiviti berkumpulan


Perbincangan untuk merangka teks ucapan yang berpengaruh


Sesi bergambar bersama para peserta Bengkel Let's Talk

Tuesday, May 10, 2016

Kelas Berani Berucap - For Future Leaders

Penampilan menawan, kebijaksanaan bercakap



Menghilangkan ketakutan untuk berucap dengan mengenali sesama peserta terlebih dahulu.


Para peserta sedang berbincang untuk merangka ucapan yang terbaik!


Dari mana datangnya stress dan ketakutan untuk berucap di hadapan audiens?
Dari dalam diri yang memikirkan perkara-perkara negatif.


Mengapa perlunya kemahiran ini di awal usia?
Untuk mereka berani melangkah menjadi pewaris bangsa!

Sunday, May 8, 2016

The 7th Annual Young Corporate Malaysians Summit 2015 - Smart Cities

Memenuhi jemputan ke YCM Summit dan menjadi panel untuk case study Smart Cities - Smart Governance



Kenangan bersama rakan baru di YCM Summit 2015


Rakan-rakan panel case study
Smart Cities - Smart Governance